Isnin, 1 Ogos 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Seluruh Negeri Malaysia | 2011

0 ulasan
Salam ramadhan, berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri termasuk pulau pinang, kedah, perlis, selangor, perak, pahang, melaka, negeri sembilan, terengganu, kelantan, johor, Wilayah persekutuan, sabah dan sarawak.


  

   Saya menyediakan file PDF download untuk paparan yang lebih jelas dan mudah dibaca. Anda dikehendaki untuk memuat turun file jadual waktu berbuka puasa dibawah ini. Sila klik link yang diberikan dibawah ini :-

Read More..

Khamis, 21 Julai 2011

Malaysia vs Singapore 2011 Online Ticket

0 ulasan
 Assalam kawan-kawan. Kini Tiket perlawanan Malaysia vs Singapura @ Singapore untukPerlawanan Kelayakan Asian Piala Dunia 2014 Brazil boleh didapati secara online pada 20 Julai 2011. Disini aku senaraikan sekali butiran penting bagi perlawanan Malaysia vs Singapura ini. Untuk tempahan tiket Online boleh dibuat di laman web tickethotline.  







Jadual Perlawanan
Perlawanan pertama di Singapura : 23 julai 2011
Perlawanan kedua di Stadium National Bukit Jalil : 28 Julai 2011


Read More..

Selasa, 19 Julai 2011

sharpshooterblogger.blogspot.com Diperintah Bayar Ganti Rugi RM300,000 Kepada Rais Yatim

0 ulasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit. 

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya. 

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya. 



  Sumber : Bharian
Read More..

3 Pelatih Puspen Perlop Melarikan Diri Masih Dicari

0 ulasan
POH: Polis masih mengesan tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop yang melarikan diri awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Azman Salim, berkata ketiga-tiga mereka yang dikenali sebagai Mohamad Faizul Shariman, 24, Al-Hafiz Ismail, 26, dan Kamarulzaman Kamarudin, 41, dipercayai berada di luar kawasan Sungai Siput.
"Usaha mengesan mereka dipergiatkan termasuk menerusi sekatan jalan raya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Azman turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga pelatih itu supaya menghubungi polis. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pelatih terbabit dipercayai meloloskan diri dengan memanjat pagar berdasarkan kain selimut yang tersangkut pada pagar tersebut. - BERNAMA 


Sumber : Bharian
Read More..

Sinopsis | Download Drama Juvana TV3 ( Full Episod )

0 ulasan
    Jom kita baca sinopsis dan mari Download Drama Juvana TV3 Full Episod disini .



“Drama Juvana ialah sebuah cereka berdasarkan kehidupan realiti di mana kita lihat kini gejala sosial di kalangan remaja sedang menghantui kehidupan seisi masyarakat. Namun masalah sosial ini bukannya datang daripada keturunan, tapi datangnya dari pelbagai sisi. Drama ini mempunyai kekuatan di dalam jalan ceritanya, di mana ia berkisarkan orang tidak bersalah menjadi mangsa tuduhan, seseorang yang ada di suatu tempat pada satu masa yang salah. Menerusi drama ini juga, penonton dapat melihat sisi kehidupan yang jarang digambarkan. Bukan semua remaja yang bermasalah mempunyai masa depan yang gelap, apa yang penting adalah keinginan diri sendiri untuk memperbaiki cara hidup. Kita selalu mahu gerak ke hadapan dan bukannya ke belakang, oleh itu drama ini dihasilkan bukan saja untuk penonton yang mahukan kelainan, namun untuk mencabar diri menghasilkan yang terbaik,” katanya.
Faisal sebelum ini pernah mengarahkan drama Natasha, Rafflesia, Nur Kasih, Tiramisu, Tudung Ekspress, Habil Qabil, Kabir Hero Kabir Zero dan banyak lagi. Antara pelakon yang terbabit dalam drama ini ialah Bront Palarae, Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy.
Sinopsis Juvana TV3
Drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan menemui penonton mulai 25 April ini berkisarkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.
Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Raja, watak yang dibawa oleh Bront Palarae, warden yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu terus berlaku. Tidak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit.
Barisan pelakon utama drama Juvana TV3
Zahiril banyak bermain emosi
DAIM, watak utama yang dibawakan oleh Zahiril Adzim, 27, seorang yang pendiam, kurang keyakinan diri dan sentiasa ditindas di atas kesalahan yang bukan miliknya. Disebabkan saiz tubuh badannya yang kecil, Zahiril sering membawakan watak remaja, namun kali ini watak yang diterimanya diakui agak berat berbanding sebelum ini.
“Watak Daim satu watak yang menarik dan tanpa berfikir dua kali saya terus setuju untuk melakonkan watak itu, iaitu sebagai seorang budak juvana. Ia adalah satu watak yang agak berat dan tidak senang untuk menjayakannya, tapi syukur saya boleh melakukannya. Pada mulanya, saya tidak banyak berdialog, di mana mimik muka banyak memainkan peranan. Bukan senang untuk melahirkan reaksi, seperti perasaan marah melalui muka saja. Ini adalah suatu perkara yang saya pelajari di mana jika kita mahu penonton rasa yang ingin kita sampaikan, kita juga sebagai pelakon harus merasainya sendiri di samping mendalami sendiri perasaan terbabit,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan, di Hulu Langat baru-baru ini.
Tidak ketinggalan beraksi dalam drama ini ialah Izreen Azminda. Mungkin ramai peminat kurang mengenali wanita ini, tapi Izreen sudah menjayakan hampir lebih 20 drama tempatan, antaranya ialah Gelora Di Hati Sarah, Nenek Kebaya, Isabella dan sedang ditayangkan kini, Samson dan Delaila.
“Sebelum ini saya banyak membawa watak kecil, dan sejak kebelakangan ini barulah saya mendapat watak yang menonjolkan diri saya. Begitu juga, dulu saya banyak menjayakan watak antagonis, namun drama Juvana memberikan saya peluang pertama melakonkan watak baik. Selain itu, ini juga adalah kali pertama saya memakai tudung dalam sesebuah drama. Saya sering menginginkan watak yang berlainan. Justeru apabila saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini sebagai Cikgu Zakiah, tanpa rasa ragu, saya menerimanya dengan tangan terbuka,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2007 ini.
Tarikh tayangan drama Juvana TV3
Setiap Isnin mulai 25 April 2011 (Jam 9 malam)


   sumber : wowberita.com
Read More..

Juvana Episod Akhir TV3 | Video Youtube | Drama Terhebat !

0 ulasan
Kepada sesiapa yang terlepas nak tengok Episod Akhir Juvana TV3 nanti, tak ada masalah.. Boleh layan Episod Minggu 13 dalam blog ini, Aku akan masukkan skali Video Youtube untuk korg tengok.. Episod malam ni memang ditunggu- tunggu..

Promo Juvana Episod Akhir

 

Klo tengok promo Episod Akhir ni.. Macam- macam yang mungkin berlaku..

Antaranya...

1. Cikgu Zakiah Dirogol

2. Daim dibunuh oleh botak..



3. Klo nak ending baik.. Macam biase laa.. Jahat ditangkap

SO, nantikan Video EPisod akhir Juvana..
------------------------------------


Entry milik : Syafiq Orang Melaka
Read More..

Isnin, 18 Julai 2011

Keputusan USA vs Japan Final Women's World Cup 2011 | Congrat Japan :D

0 ulasan
 Keputusan USA vs Japan pada perlawanan final women's World Cup akan aku letakkan setelah tamatnya perlawanan ini. Yang pastinya, aku melihat perlawanan ini 78% dikuasai oleh USA pada separuh masa pertama. Berapakah Score yang mampu USA lakukan? sama-sama kita menunggu result perlawanan ini.






    Perlawanan telah berlangsung dari Commerzbank Arena in Franfurt, Jerman.





  


Keputusan Semasa USA vs Japan :
USA (2) vs (2) Japan

Keputusan Penuh USA vs Japan
USA (1) vs (3) Japan
*penalti Shout


    Nantikan keputusan sepenuhnya perlawanan ini disini. Marilah kita menyaksikan live final women's World Cup di astro. Ada live la. Begitu juga dengan perlawanan Brazil vs Paraguay di Astro 811. Apapun, perlawanan ni.. rasa-rasa siapa yang menang ya , Congratulations JAPAN ! The Winner of Women's World Cup 2011 :)
Read More..

Kedah Gugurkan Larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan

0 ulasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kedah dilaporkan sudah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan, demikian laporan agensi berita AFP memetik seorang pegawai negeri, hari ini.

Kerajaan Kedah membuat keputusan larangan itu Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Pegawai negeri itu berkata, kontroversi berkenaan selesai selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu wakil pusat hiburan, semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.
"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP.

Sementara itu, portal berita Malaysian Insider melaporkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Presiden PAS itu berkata, kekeliruan berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 
Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat.




Sumber : Bharian
Read More..

Semakan Nama Pelatih PLKN 2012 Online | SMS - 1994

0 ulasan
Assalam kawan-kawan , Semakan nama calon PLKN 2012 kini boleh disemak pada 11 julai 2011(hari ini) secara online dan SMS. Kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun 1994, Jom semak sekarang sebelum surat PLKN Program Latihan Khidmat Negara ) sampai kerana pasti anda tak dapat bersiap sedia sebelum berangkat, Adakah anda bakal menjadi wira dan wirawati negara ? jom semak. Untuk membuat semakan anda bolehlah merujuk cara dibawah.



   Sedikit info untuk anda :-

CYBERJAYA: Mulai esok, 11 Julai 2011 mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.


“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,
 
 
   Cara Semakan PLKN 2012 Online


Cara Semakan Melalui SMS
PLKNSEMAK NO. KAD PENGENALAN hantar ke 15888
 
 
   Pastikan anda sudah sedia untuk ke Program khidmat negara pada 2012 nanti untuk persediaan awal.  
 
Kredit dan sumber : Abdul Farique

Read More..

Dr Lo Lo Ghazali Meninggal Dunia Satu Khabar Angin

0 ulasan
Dr. Lo’ Lo’ Ghazali ahli Parlimen Titiwangsa telah dilaporkan meninggal dunia hari ini. Khabar angin tersebar di kalangan ahli muslimat PAS. Dr. Lo’ Lo’ yang menghadapi kompilasi penyakit kanser dikhabarkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.Namun, berikut adalah berita sebenar daripada keluarga beliau:


Kenyataan Dari Keluarga Dr Lo Lo Ghazali






Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini.Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t


Sumber ternama : Melvister.com dan Dr Lo Lo Blog




  UPDATE :Innalillahiwainnailaihirojiun. ​Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat. Allaharyamah Dr Lo Lo telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.30 malam semalam
Read More..

Gambar Pernikahan Dan Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Raja Amir Shah | Pengacara TV3

0 ulasan
    Tahniah diucapkan kepada Pengacara Majalah 3- TV3Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah bernikah dengan Raja Amir Shah. Jika dulu, beliau digosipkan dengan angkasawan negara, Dr. Faiz. Tapi jodohnya telah ditentukan dengan Raja Amir. Jom kita saksikan Gambar Pernikahan dan Perkahwinan beliau..



Serba sedikit mengenai Majlis Pernikahan Nurul Syuhada.

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777. “Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yang bertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

kredit: beautiful nara

Gambar Majlis Perkahwinan dan Pernikahan.







  


Entry 100% milik : syafiqorangmelaka
Read More..
 
Copyright 2011 @ 9 Anatomic!
Coding by Farique | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger