Isnin, 18 Julai 2011

Gambar Pernikahan Dan Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Raja Amir Shah | Pengacara TV3

    Tahniah diucapkan kepada Pengacara Majalah 3- TV3Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah bernikah dengan Raja Amir Shah. Jika dulu, beliau digosipkan dengan angkasawan negara, Dr. Faiz. Tapi jodohnya telah ditentukan dengan Raja Amir. Jom kita saksikan Gambar Pernikahan dan Perkahwinan beliau..



Serba sedikit mengenai Majlis Pernikahan Nurul Syuhada.

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777. “Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yang bertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

kredit: beautiful nara

Gambar Majlis Perkahwinan dan Pernikahan.







  


Entry 100% milik : syafiqorangmelaka

Tiada ulasan:

 
Copyright 2011 @ 9 Anatomic!
Coding by Farique | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger