Selasa, 19 Julai 2011

3 Pelatih Puspen Perlop Melarikan Diri Masih Dicari

POH: Polis masih mengesan tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop yang melarikan diri awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Azman Salim, berkata ketiga-tiga mereka yang dikenali sebagai Mohamad Faizul Shariman, 24, Al-Hafiz Ismail, 26, dan Kamarulzaman Kamarudin, 41, dipercayai berada di luar kawasan Sungai Siput.
"Usaha mengesan mereka dipergiatkan termasuk menerusi sekatan jalan raya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Azman turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga pelatih itu supaya menghubungi polis. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pelatih terbabit dipercayai meloloskan diri dengan memanjat pagar berdasarkan kain selimut yang tersangkut pada pagar tersebut. - BERNAMA 


Sumber : Bharian

Tiada ulasan:

 
Copyright 2011 @ 9 Anatomic!
Coding by Farique | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger