Isnin, 18 Julai 2011

Kedah Gugurkan Larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan

KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kedah dilaporkan sudah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan, demikian laporan agensi berita AFP memetik seorang pegawai negeri, hari ini.

Kerajaan Kedah membuat keputusan larangan itu Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Pegawai negeri itu berkata, kontroversi berkenaan selesai selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu wakil pusat hiburan, semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.
"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP.

Sementara itu, portal berita Malaysian Insider melaporkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Presiden PAS itu berkata, kekeliruan berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 
Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat.




Sumber : Bharian

Tiada ulasan:

 
Copyright 2011 @ 9 Anatomic!
Coding by Farique | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger